KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan kesediaan BERSATU terus menjadi parti anggota gabungan itu, susulan siri perkembangan yang berlaku sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengajukan persoalan itu sebagai reaksi kenyataan BERSATU mempersoalkan keabsahan gabungan itu menganjurkan mesyuarat tergempar, malam ini.

"Selepas apa yang berlaku sejak PRN Negeri Sembilan, ada hati lagi ke BERSATU dengan PN?" katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat PAS dekat sini.