Jakarta: Selepas lapan tahun hilang dan disangka terkorban dalam gempa bumi Palu pada 2018, Jumaidin yang juga penduduk Kampung Bongka Makmur, kabupaten Tojo Una-Una, Sulawesi Tengah akhirnya kembali ke rumah.
Kemunculan semula lelaki berusia 26 tahun itu yang sijil kematiannya sudah direkodkan dan didoakan menerusi tahlil selama 40 hari nyata mengejutkan keluarga.
Identiti Jumaidin disahkan selepas ahli keluarga mengenal pasti ciri wajah dan giginya.
"Awalnya kami tidak percaya, tetapi selepas melihat giginya, kami yakin dia adik kami," kata kakak Jumaidin, Mahania, 33, pada Khamis yang dilapor Kompas.






