Pas bukannya agama seperti mana kenyataan pemimpin parti itu yang menggambarkan bahawa menyokong parti itu adalah satu kewajipan
Key takeaways
Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari, menegaskan bahawa Pas hanyalah parti politik berdaftar dan bukan agama. Beliau menyatakan bahawa isu Islam bukan monopoli Pas dan sebahagian dasar parti itu tidak selari dengan ajaran Islam.
- Aziz Bari menyatakan Pas adalah organisasi politik berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
- Beliau menegaskan kedudukan Islam bukan monopoli Pas dan DAP komited menjunjung Islam.
- Tiada program besar Pas yang kekal daripada tempoh pentadbiran 1974-1977 dan 2020-2022.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
IPOH: Pas hanya sebuah parti politik, bukannya agama seperti mana kenyataan pemimpin parti itu yang menggambarkan bahawa menyokong parti itu adalah satu kewajipan bagi orang Islam.
Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Pas adalah sebuah parti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan iaitu sebuah organisasi.
Menurutnya, tidak semua yang parti itu sebut adalah prinsip Islam, sebahagiannya malah tidak selari bahkan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Perlu dinyatakan bahawa di Malaysia ada parti-parti yang berunsurkan Islam, baik secara langsung melalui nama rasmi, perlembagaan atau perjuangan mereka.