KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi dengan indeks petunjuk pasaran kembali melepasi paras 1,600, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah secara terpilih.
Bagaimanapun, kenaikan pasaran terhad apabila minat belian tertumpu kepada saham teknologi bermodal kecil, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.69 mata, atau 0.16 peratus, kepada 1,602.27 berbanding 1,599.58 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks utama itu dibuka 3.83 mata lebih tinggi pada 1,603.41, yang juga paras tertinggi intrahari, sebelum turun kepada paras terendah 1,596.69 pada sesi awal dagangan.









