PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sedang menjalankan siasatan berhubung aktiviti dikaitkan dengan kumpulan De Norsemen Kclub International (DNKI) susulan penularan hantaran di platform Threads yang mempersoalkan status pendaftaran pertubuhan berkenaan.JPPM dalam kenyataan memaklumkan, hasil semakan rekod jabatan itu mendapati tiada pertubuhan berdaftar atas nama De Norsemen Kclub International.Menurut kenyataan itu, JPPM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi memastikan perkara berkenaan disiasat secara menyeluruh."Tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang tertakluk kepada peruntukan yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu pada Selasa.Terdahulu, isu ini mendapat perhatian selepas beberapa gambar dan video tular di Threads memaparkan sekumpulan lelaki memakai pakaian seragam berlogo DNKI serta kain rentang tertera nama De Norsemen Club International Malaysia Chapter ketika mengadakan perhimpunan di negara ini.Hantaran berkenaan turut mempersoalkan status pendaftaran kumpulan itu dan mencetuskan kebimbangan warganet susulan dakwaan kaitannya dengan Supreme Vikings Confraternity, sebuah kumpulan persaudaraan dari Nigeria yang pernah dikaitkan dengan kegiatan jenayah terancang dalam laporan antarabangsa, walaupun organisasi itu secara rasmi memperkenalkan diri sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sosiobudaya.Dalam pada itu, JPPM dalam kenyataan berkenaan turut menegaskan sebarang aktiviti pertubuhan di negara ini hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan.Orang ramai turut dinasihatkan supaya merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih berhubung perkara berkenaan.
De Norsemen Kclub tiada rekod pendaftaran - JPPM

Key takeaways
JPPM mendapati tiada rekod pendaftaran De Norsemen Kclub International dan akan bekerjasama dengan PDRM untuk siasatan lanjut.
- JPPM tidak menemui pertubuhan berdaftar DNKI.
- Siasatan akan dijalankan bersama PDRM.
- Tindakan tegas dijanjikan jika terdapat pelanggaran undang-undang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today JPPM tak pernah lulus pendaftaran NGO Rohingya
- Sinar Harian De Norsemen Kclub tiada rekod pendaftaran - JPPM (this story)







