CYBERJAYA – Malaysia bakal memperkukuh kesalinghubungan digital antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan projek Sambungan Kabel Dasar Laut Madani (SALAM) bernilai RM2.7 bilion.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melantik TM Technology Services Sdn Bhd (TM) sebagai pemberi perkhidmatan sejagat bagi mereka bentuk, melaksanakan dan mengendalikan sistem kabel dasar laut berkenaan.Menerusi projek yang dibiayai melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) itu, sistem kabel sepanjang kira-kira 5,500 kilometer akan dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti sambungan komunikasi antara ketiga-tiga wilayah.MCMC dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, sistem SALAM turut menyediakan laluan alternatif bagi trafik data sekali gus mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan sekiranya kabel dasar laut sedia ada mengalami kerosakan."Sistem ini akan menyediakan perkhidmatan digital yang lebih andal kepada komuniti, perniagaan dan kerajaan," menurut kenyataan itu.Keperluan terhadap infrastruktur baharu berkenaan semakin mendesak apabila penggunaan kapasiti rangkaian kabel dasar laut sedia ada, yang mula beroperasi pada 2017, kini mencecah kira-kira 85 peratus.Projek berkenaan akan menggunakan teknologi kabel dasar laut Alcatel Submarine Networks (ASN) dan merangkumi pembinaan 10 stesen pendaratan kabel baharu di seluruh negara.Di Semenanjung, stesen berkenaan akan dibina di Cherating dan Sedili, manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Sibu (Matu) serta Bintulu (Samalaju).Lima lagi stesen pendaratan akan dibangunkan di Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau.Menurut MCMC, kapasiti tambahan menerusi SALAM akan menyokong peluasan rangkaian jalur lebar dan 5G, perkhidmatan awan, kecerdasan buatan (AI) serta pembangunan pusat data."Empat pasangan gentian optik akan dikhususkan bagi memenuhi keperluan strategik negara, termasuk infrastruktur awan berdaulat, perkhidmatan digital kerajaan dan keselamatan siber," menurut kenyataan itu lagi.Pelaksanaan projek berkenaan dijadualkan bermula pada pertengahan Disember 2026 dan dijangka siap secara berperingkat menjelang suku pertama 2030.MCMC menjelaskan, pembangunan SALAM mencerminkan komitmen suruhanjaya itu untuk memperkukuh infrastruktur digital negara agar lebih banyak komuniti dan perniagaan dapat menikmati manfaat ekonomi digital.
SALAM perkukuh kesalinghubungan digital Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Key takeaways
Malaysia akan memperkukuh sambungan digital antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui projek SALAM, dengan kabel dasar laut sepanjang 5,500 km dan nilai RM2.7 bilion.
- TM Technology Services ditugaskan merancang dan mengendalikan sistem kabel dasar laut.
- Sistem SALAM menyediakan laluan alternatif bagi mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan.
- Kapasiti kabel sedia ada telah mencapai 85 peratus, menambah keperluan infrastruktur baharu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Selangor perkukuh pembangunan bakat digital menerusi SCOUT
- Sinar Harian SALAM perkukuh kesalinghubungan digital Semenanjung, Sabah dan Sarawak (this story)







