PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sejak pukul 2 petang tadi menyebabkan beberapa laluan utama dan kawasan sekitar Bandar Puncak Alam di sini dilanda banjir kilat sehingga menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya.

Situasi mencemaskan itu dikongsikan orang ramai menerusi aplikasi Threads petang ini apabila beberapa jalan penghubung utama dilaporkan dinaiki air dengan mendadak.

Menerusi hantaran pengguna @joohnlabu, dia menyifatkan kawasan tersebut kini seolah-olah terputus hubungan akibat air naik di laluan masuk.

“Puncak Alam dah jadi pulau. Tiada jalan yang boleh masuk Puncak Alam. Banjir teruk,” kongsinya.