Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin berkata jerebu memberi kesan kepada hak rakyat, seperti yang pernah ditegaskan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat menggesa kerajaan menetapkan garis masa jelas bagi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan yang masih belum dibentangkan di parlimen selepas hampir tiga tahun ia dicadangkan.
Tan Hong Pin (PH-Bakri) berkata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam perlu menjelaskan perkembangan hasil konsultasi berhubung cadangan RUU berkenaan serta bilakah ia akan dibentangkan di parlimen.
“Sudah hampir tiga tahun berlalu, apakah hasilnya. Bilakah RUU ini akan dibentangkan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat.









