Bekas peguam negara Tommy Thomas adalah salah seorang daripada empat defendan disaman bekas wakil rakyat Umno Shahrir Samad kerana pendakwaan berniat jahat.KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad, akan meneruskan saman terhadap bekas peguam negara, Tommy Thomas berhubung pendakwaan berniat jahat, selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian.
Peguam Shahrir, Firoz Hussein Jamaluddin, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Gan Techiong, mengenai status saman itu hari ini.
“Kami telah mendapatkan arahan daripada beliau (Shahrir) berhubung kes ini dan memandangkan isu yang dibangkitkan dalam saman itu amat serius, kami akan meneruskan tindakan terhadap defendan pertama (Thomas),” katanya.









