Sidang tiga hakim di Mahkamah Rayuan kata PeLindung membangkitkan kes yang boleh dihujahkan.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan sebahagian rayuan oleh Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang (PeLindung) untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Majlis Perbandaran Kluang (MPK) berhubung dakwaan layanan dan pelupusan anjing liar.

Sidang tiga hakim iaitu Shahnaz Sulaiman, Amerjeet Singh dan Alice Loke memberikan kebenaran kepada PeLindung untuk memohon perintah certiorari dan relif perisytiharan pada peringkat semakan kehakiman substantif.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan PeLindung untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan relif-relif lain yang dimohon.