Jelebu: Spekulasi bertiup kencang apabila nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias disebut sebagai bakal Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.
Beliau dijangka menggantikan Datuk Ismail Lasim yang meletakkan jawatan semalam sekaligus bakal mengakhiri krisis pentadbiran di negeri ini yang berlarutan sejak Ogos lalu.
Desas desus mengenai perlantikan Jalaluddin bertiup kencang sejak dua minggu lalu.
Jalaluddin sebelum ini sudah dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 9 Oktober lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pertemuan itu.










