JELEBU: Spekulasi bertiup kencang apabila nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias, bakal dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Beliau dijangka menggantikan Datuk Ismail Lasim yang meletakkan jawatan semalam, sekali gus bakal mengakhiri krisis pentadbiran di negeri ini yang berlarutan sejak Ogos lalu.

Desas desus mengenai perlantikan Jalaluddin bertiup kencang sejak dua minggu lalu.

Jalaluddin dikatakan sebelum ini sudah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 9 Oktober lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pertemuan itu.