PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan satu nama sebagai calon baharu Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi menggantikan Datuk Ismail Lasim.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah menyerahkan cadangan nama itu kepada Istana Negeri Sembilan kelmarin setelah Ismail mengambil keputusan untuk berundur.
Kelmarin Ismail telah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Besar ekoran krisis adat negeri sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan.
Tindakan itu ekoran krisis pentabdbiran kerajaan Negeri Sembilan termasuk lebih sebulan tanpa barisan Exco disebabkan pemecatan mereka kerana terkait dengan isu adat dan takhta.









