PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) hanya mengemukakan satu nama calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mendapat perkenan baginda.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, warkah berhubung cadangan itu bertarikh semalam dan keputusan memilih calon baharu diserahkan sepenuhnya kepada budi bicara Tuanku.

Menurutnya, sudah menjadi kelaziman bagi parti, khususnya BN, untuk mengutus warkah kepada istana bagi mencadangkan nama Menteri Besar baharu untuk mendapat perkenan Tuanku.

“Dan terserahlah kepada Tuanku untuk memberikan perkenan terhadap nama yang telah saya kemukakan. Dan jika nama itu diterima, hanya Kebawah Duli Tuanku dan pihak istana sahaja yang boleh mengumumkannya.