SHAH ALAM – Kerajaan perlu memastikan pendapatan rakyat dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), meskipun sistem berkenaan dilihat lebih berkesan dalam menambah hasil negara.Pencipta Kandungan Ekonomi, Faiz Ahmad berkata, GST mempunyai kelebihan dari segi keberkesanan kutipan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun pelaksanaannya perlu mengambil kira kemampuan rakyat menanggung beban cukai."Kalau kita laksanakan sekarang, memang hasil kita boleh bertambah, tetapi kerajaan mungkin masih berhati-hati kerana pendapatan rakyat rata-rata perlu naik dahulu."Kalau boleh, kita jangan lihat satu sistem itu sebagai 100 peratus sempurna kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Edisi 490 bertajuk ‘Belanjawan 2027: Gula-Gula Pilihan Raya atau Remedi Rancangan Malaysia?’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Karangkraf pada Rabu.Beliau menjelaskan, GST dan SST mempunyai pendekatan berbeza kerana mekanisme sedia ada membolehkan kerajaan menentukan golongan yang dikenakan cukai serta kumpulan yang perlu dilindungi.Dalam masa sama, sistem percukaian perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh pendapatan rakyat, termasuk melalui pelaksanaan dasar gaji progresif.Faiz berkata, kerajaan mempunyai ruang menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memberi tekanan pasaran yang lebih baik terhadap struktur upah."Dasar gaji progresif itu peruntukannya masih sangat minimum, jadi kita perlu fikir bagaimana nak jadikan dasar ini lebih berkesan kepada golongan pekerja," katanya.Dalam pada itu, beliau berpandangan sasaran menaikkan gaji minimum perlu mengambil kira kemampuan majikan, terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mungkin berdepan kekangan menanggung peningkatan kos pekerja secara mendadak.Menurut pencipta kandungan ekonomi itu, kerajaan boleh membantu majikan kurang berkemampuan menerusi program bersyarat melibatkan latihan dan peningkatan produktiviti sebelum insentif diberikan bagi menyokong kenaikan pendapatan pekerja."Kalau kita paksa semua majikan menaikkan gaji pada kadar yang sama, ada syarikat yang mungkin tidak mampu bertahan, terutama PMKS."Bantuan itu boleh diberikan berdasarkan syarat tertentu supaya majikan dapat memperbaiki keupayaan terlebih dahulu sebelum menerima sokongan kewangan," katanya.Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf kehidupan rakyat supaya manfaat pembangunan tidak hanya tertumpu kepada peningkatan saiz Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.Menurutnya, peningkatan KDNK perlu disertai pertumbuhan pendapatan golongan berpendapatan rendah supaya manfaat ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh."Kalau KDNK kita naik tetapi pendapatan di peringkat bawah tidak bergerak seiring, kita belum boleh kata pertumbuhan itu benar-benar dirasai semua," katanya.
Naikkan pendapatan rakyat sebelum pertimbang GST - Faiz Ahmad

Key takeaways
Faiz Ahmad menyarankan kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat sebelum mempertimbangkan pelaksanaan semula GST.
- GST lebih berkesan dalam kutipan berbanding SST, tetapi perlu mengambil kira kemampuan rakyat menanggung cukai.
- Sistem percukaian perlu seiring dengan usaha memperkukuh pendapatan rakyat, termasuk gaji progresif.
- Sasaran menaikkan gaji minimum perlu mengambil kira kemampuan majikan, terutama PMKS.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Naikkan pendapatan rakyat sebelum pertimbang GST - Faiz Ahmad (this story)







