Ketua JSPT Kuala Lumpur Zamzuri Isa berkata, pemandu berusia 27 tahun itu ditahan untuk tindakan lanjut. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan selepas mengekori konvoi polis yang mengiringi pergerakan timbalan perdana menteri I di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Zamzuri Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.32 pagi di KM48.5 Kesas dari arah Kajang menghala ke Klang.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang memandu Honda CR-V itu mengekori konvoi polis ketika pergerakan timbalan perdana menteri I dari Kajang menuju ke Subang Jaya.

“Seorang anggota polis yang bertugas sebagai 'rider' dalam konvoi tersebut telah memberi amaran kepada pemandu supaya tidak mengekori konvoi," katanya dalam kenyataan.