KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM6 bilion bagi memperhebat aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ciptaan merentas kementerian, selain memperkukuh pembangunan kecerdasan buatan (AI) serta kemahiran digital rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata disebabkan sambutan menggalakkan terhadap tawaran langganan AI percuma kepada golongan muda, kerajaan turut menambah 100,000 lagi langganan percuma termasuk akses kepada aplikasi AI baharu seperti ChatGPT.