BATU PAHAT: Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan sehingga terpaksa dipapah ketika menuntut jenazah anak perempuannya yang maut dalam kemalangan tragis di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini, semalam.
Siti Nurmaisarah Abd Jalil, 22, bersama sepupunya, Siti Nur Batrisya Mohd Khalid, 22, masing-masing maut apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori.
Terdahulu, Hairul Aziah Rahmad, 52, beberapa kali meluahkan hasrat untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir sebelum ditenangkan ahli keluarga.
Menurutnya, dia tiba lewat di lokasi kemalangan sehingga tidak sempat melihat wajah anaknya.








