Kuala Lumpur: Sehari selepas pembentangan Belanjawan 2027, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, tampil memberikan penjelasan berhubung istilah yang jarang didengar atau digunakan ketika sesi berkenaan.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook turut mencuri perhatian apabila memuat naik kapsyen 'Jom belajar dengan Guru!' sambil menerangkan 14 leksikon atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

Antara leksikon itu ialah 'waad' yang bermaksud janji atau ikrar, manakala 'lighdad' membawa pengertian untuk hari esok dan 'seyogia' ialah sepatutnya atau sewajarnya.

'Citra nusa' pula membawa maksud gambaran atau imej tanah air, manakala pengertian 'beranotasi' ialah disertakan catatan atau penjelasan tambahan dan 'menata' pula bererti menyusun atau mengatur secara terancang.