razis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelancaran Panduan Usaha Wajar Hak Asasi Manusia (HRDD) disifatkan sebagai langkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh pelaksanaan hak asasi manusia dalam sektor perniagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, panduan itu menyediakan proses praktikal kepada perniagaan untuk mengenal pasti, mencegah, mengurangkan dan menangani potensi kesan buruk terhadap hak asasi manusia yang berpunca daripada operasi serta hubungan perniagaan mereka.

Menurutnya, HRDD menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan berkadar dengan keadaan sesebuah perniagaan.

"Kita mengakui bahawa setiap perniagaan berbeza. Sebuah syarikat multinasional dan sebuah perusahaan kecil atau sederhana tidak semestinya mempunyai sumber, struktur atau tahap pendedahan kepada risiko yang sama.