SINGAPURA: Max Verstappen meraih petak depan perlumbaan pecut bersama jentera Red Bull hari ini selepas sesi kelayakan di litar jalanan Marina Bay.

George Russell dari Mercedes akan menyertai Verstappen di barisan depan bagi saingan 21 pusingan esok manakala pemandu Ferrari, Charles Leclerc ketiga dan Oscar Piastri dari McLaren keempat.

Verstappen, yang menang kali pertama musim ini di Malaysia minggu lalu, mencatat masa 1 minit 31.156 saat di Litar Marina Bay yang diselubungi jerebu akibat kebakaran di Indonesia.

"Saya sentiasa hampir mendapatkannya di Singapura. Dan ia juga pusingan itu sendiri, anda memberikan tekanan sebaik mungkin, hampir dengan dinding," kata juara dunia empat kali itu.