London: Pemain tengah Chelsea, Cole Palmer menandatangani lanjutan kontrak yang akan mengekalkannya di Stamford Bridge sehingga 2034, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu menjadi tonggak penting Chelsea sejak menyertai kelab berkenaan dari Manchester City pada 2023, dengan menjaringkan 91 gol dalam 138 penampilan dalam semua pertandingan.
Palmer turut membantu Chelsea menjuarai Piala Dunia Kelab dan Liga Konferens.
"Selepas berbincang dengan pemilik, pengarah sukan dan juga pengurus, mereka memberikan saya keyakinan yang tinggi, jadi adalah wajar untuk saya menandatangani kontrak ini.










