KUALA LUMPUR: Tiada perubahan besar dalam struktur pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila Presiden baharu badan induk itu, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman akan dikekalkan sehingga tamat penggal Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) 2025-2029.
Ab Ghani berkata, keputusan itu dipersetujui pada Mesyuarat Keenam EXCO FAM minggu lalu, bagi memastikan kesinambungan pengurusan FAM selain kedudukan Bendahari, Datuk Ismail Karim turut dikekalkan sehingga tamat penggal berkenaan.
Katanya, kontrak Noor Azman ketika ini akan berakhir pada penghujung 2027, namun FAM bersetuju untuk mengekalkan khidmatnya sehingga penggal semasa berakhir pada 2029.
"Untuk Setiausaha Agung dan juga Bendahari FAM, saya telah menyambung (khidmat) sebab Datuk Setiausaha Agung ada kontrak lagi sehingga hujung tahun depan dan kami semua bersetuju untuk menyambung.









