PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan segala spekulasi kononnya sudah bertunang dengan kekasihnyanya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida seperti yang tular dalam media sosial.
Menurut Fazley, 47, dakwaan tersebut dipercayai tercetus selepas pasukan kandungan Datuk Seri Vida bergurau dengan netizen menerusi hantaran dalam media sosial.
“Saya rasa pasukan konten DSV sekadar bergurau dengan netizen sahaja.
“Kami belum lagi bertunang,” katanya.
Fazley bagaimanapun tidak menafikan hubungan mereka kini berada pada tahap yang lebih serius selepas kedua-duanya melalui proses mengenali hati budi masing-masing.








