Fahmi Fadzil berkata, SKMM telah diminta pastikan peruntukan berkenaan tidak hanya terhad kepada perkhidmatan pos tradisional, sebaliknya turut rangkumi penghantaran barangan dan bungkusan ke kawasan terpencil.PETALING JAYA: Tabung pos kerajaan bagi memastikan perkhidmatan penghantaran pos dan bungkusan terus sampai ke kawasan luar bandar serta pedalaman akan direalisasikan menerusi suntikan dana sebanyak RM150 juta pada suku pertama 2027.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tabung yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu akan membantu menyokong urusan penghantaran ke kawasan yang kurang mendapat liputan.
“Walaupun tabung ini sudah lama ada dalam Akta (Perkhidmatan Pos), sejak 2012, namun tidak pernah ada kerajaan sebelum ini yang berusaha untuk mewujudkannya," katanya pada sambutan Hari Pos Sedunia hari ini.







