CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti penyebaran kandungan di media sosial yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi rakaman detik duka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir susulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah.Menerusi kenyataan pada Jumaat, MCMC memaklumkan pihaknya memandang serius penyalahgunaan teknologi AI bagi memanipulasi rakaman sebenar kerana ia berpotensi mengelirukan orang ramai, mengubah konteks kejadian serta menjejaskan maruah individu dan keluarga.Menurut MCMC, perkara itu lebih membimbangkan apabila kandungan berkenaan melibatkan situasi kehilangan dan kesedihan seseorang."AI yang digunakan untuk memanipulasi rakaman sebenar boleh mengelirukan orang ramai, mengubah konteks serta menjejaskan maruah individu dan keluarga, lebih-lebih lagi dalam suasana kehilangan dan kesedihan," katanya.MCMC memaklumkan pihaknya sudah menghubungi platform media sosial berkaitan dan sedang meneliti kandungan berkenaan dan sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang, tindakan boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).Dalam pada itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menghasilkan, memuat naik atau menyebarkan kandungan yang telah dimanipulasi menggunakan AI sehingga boleh mengelirukan atau menjejaskan pihak lain.Orang ramai turut dinasihatkan menyemak kesahihan sesuatu kandungan sebelum berkongsi serta membuat laporan sekiranya mengesyaki kandungan berkenaan telah dimanipulasi."MCMC mengingatkan bahawa teknologi AI mempunyai manfaat yang besar, namun penggunaannya perlu disertai tanggungjawab agar teknologi tidak digunakan untuk memutarbelitkan kebenaran atau mengeksploitasi kesedihan seseorang sehingga mengorbankan maruah dan nilai kemanusiaan," menurut kenyataan itu.Allahyarhamah Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada jam 9.20 pagi, Isnin lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya.
MCMC siasat kandungan AI manipulasi rakaman detik duka Tun M

Key takeaways
MCMC investigates spread of AI-manipulated content on social media related to the death of Tun Dr Mahathir's wife, Tun Dr Hasmah.
- MCMC is investigating AI-manipulated content on social media
- MCMC warns against spreading manipulated content that can mislead or harm others
- MCMC has contacted social media platforms about the issue
- MCMC reminds people to verify content before sharing and report suspicious content
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) MCMC siasat video AI tarian depan jenazah Siti Hasmah
- Sinar Harian MCMC siasat kandungan AI manipulasi rakaman detik duka Tun M (this story)

