IPOH - Empat daripada 10 anggota yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah semalam, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata, baki enam lagi anggota terlibat masih menerima rawatan di tiga hospital berasingan dengan semua mereka dilaporkan stabil.Daripada jumlah itu, empat anggota dirawat di Hospital Slim River manakala masing-masing seorang di Hospital Tapah dan Hospital Teluk Intan.Dalam kejadian kira-kira 11.35 pagi Selasa, van jenis Maxus dipandu anggota membawa 10 penumpang itu terlibat kemalangan selepas tayar belakang sebelah kiri pecah menyebabkan kenderaan tersebut melanggar penghadang besi di tengah lebuh raya. Kemalangan berlaku semasa anggota terlibat dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Melaka.Nahas mengorbankan Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob, 26, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah. - Bernama
Enam anggota terlibat kemalangan van PDRM masih dirawat, dilaporkan stabil - KP Perak

Key takeaways
Enam anggota PDRM masih dirawat selepas kemalangan van, semua dilaporkan stabil.
- Empat anggota sudah dibenarkan keluar dari hospital.
- Enam lagi anggota masih dirawat di tiga hospital berasingan.
- Kemalangan berlaku selepas tayar van pecah di lebuh raya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PDRM diarah laksana siasatan menyeluruh insiden anggota diserang
- Sinar Harian Enam anggota terlibat kemalangan van PDRM masih dirawat, dilaporkan stabil - KP Perak (this story)








