SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Negarawati Tanahair menuntut lima perkara daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung isu pemilihan Achi Jaya Plantations untuk mengambil alih kepentingan Boustead Plantations (BPlant).Pengerusinya, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, tuntutan dimaksudkan adalah asas pemilihan Achi Jaya Plantations termasuk kriteria dan kelebihan tawarannya.Selain itu katanya, kewajaran nilai transaksi dan pelaksanaan penilaian bebas selain keupayaan kewangan pembeli dari sudut sumber pembiayaan, jadual pembayaran serta jaminan yang melindungi LTAT jika gagal memenuhi obligasi.Menurut Bibi Sunita, pihaknya turut mendesak LTAT mendedahkan pemilik benefisial muktamad pembeli bagi memastikan wujud aspek ketelusan pemilikan dan proses kelulusan serta meminta lembaga itu menjelaskan kesan jangka panjang pengambilalihan kepada pencarum."Kami tidak menuduh mana-mana pihak melakukan salah laku tetapi, transaksi sebesar ini tidak boleh dimuktamadkan secara senyap atau hanya jawapan umum."Pencarum LTAT termasuk anggota tentera, pesara dan keluarga masing-masing berhak tahu dan mendapat keyakinan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan LTAT memilih Achi Jaya Plantations untuk mengambil alih kepentingan BPlant bernilai sekitar RM4.3 bilion.Pemilihan itu menarik perhatian ramai kerana Achi Jaya Plantations mengatasi dua lagi entiti besar yang turut bersaing dalam proses berkenaan iaitu SD Guthrie Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd.Mengulas lanjut, Bibi Sunita menegaskan bahawa pihaknya akan membantah jika transaksi tersebut dimuktamadkan tanpa penjelasan mencukupi tentang proses pemilihan, kewajaran harga dan perlindungan kepentingan pencarum.Baginya, persoalan yang mesti dijawab ketika ini adalah sama ada pemilihan dibuat melalui proses penilaian adil, teliti dan boleh dipertanggungjawabkan atau tidak.Tambah beliau, kepentingan pencarum mesti menjadi ukuran utama dalam pembuatan keputusan itu."Anggota tentera dan keluarga bukan sekadar angka dalam kertas kerja. Mereka berhak mendapat keyakinan bahawa aset yang menyokong masa depan, diurus dengan penuh amanah."Justeru, kami menggesa LTAT memberikan penjelasan rasmi segera. Sekiranya persoalan material mengenai penilaian, pembiayaan dan proses pemilihan belum terjawab, perbuatan memuktamad transaksi wajar ditangguhkan bagi membolehkan pelaksanaan semakan bebas."Tuntutan ketelusan ini bukan tuduhan bahawa salah laku telah berlaku. Ia tuntutan tanggungjawab supaya keputusan bernilai besar benar-benar menjaga kepentingan pencarum LTAT," ujar Bibi Sunita.
NGO kemuka lima tuntutan terhadap LTAT, pencarum berhak tahu asas pemilihan Achi Jaya

Key takeaways
NGO meminta LTAT menjelaskan asas pemilihan Achi Jaya Plantations untuk ambil alih kepentingan BPlant bernilai RM4.3 bilion.
- NGO menuntut transparansi dalam pemilihan Achi Jaya Plantations oleh LTAT.
- Pencarum LTAT berhak tahu tentang kriteria dan kewajaran transaksi.
- LTAT diminta dedahkan pemilik akhir dan kesan jangka panjang pengambilalihan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today NGO tuntut batal sekatan perjalanan terhadap penyelaras Mandiri
- Sinar Harian NGO kemuka lima tuntutan terhadap LTAT, pencarum berhak tahu asas pemilihan Achi Jaya (this story)









