PASIR MAS - Menteri atau Timbalan Menteri yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan sehingga enggan melaksanakan keputusan Kabinet perlu meletakkan jawatan, bukannya terus memegang jawatan tetapi bertindak mensabotaj pentadbiran, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.Menurut beliau, tindakan pemimpin yang menerima pelantikan dalam kerajaan tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab, malah melakukan perkara bertentangan dengan keputusan Kabinet, merupakan perbuatan tidak berakhlak dan tidak bermoral."Seseorang yang dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri bertanggungjawab melaksanakan projek serta dasar yang sudah dipersetujui dalam Kabinet, bukannya bertindak menghalang pelaksanaannya."Kalau kamu tidak mahu menjalankan tugas dengan baik sebagai seorang yang bertanggungjawab, yang ada moral dan sebagainya, letak jawatan. Tak payah tunggu dihalau."Tak perlu cabar-cabar supaya Perdana Menteri pecat. Kalau tidak setuju, maka keluar. Itu sepatutnya begitu," katanya semasa sidang media pada Rabu.Sebelum itu beliau merasmikan Penyerahan Jengkaut Hidraulik Di Bawah Peruntukan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini.Terdahulu media melaporkan, pantun sinis Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyentuh rakan parti dalam kerajaan disifatkan sebagai tindakan biadab.Ini kerana Ahmad merupakan sebahagian daripada barisan kepimpinan kerajaan Perpaduan.Pemimpin UMNO itu harus menunjukkan prinsip dan maruah dengan melepaskan jawatan sekiranya tidak lagi sehaluan dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut beliau, tindakan mensabotaj pelaksanaan dasar kerajaan disifatkan lebih serius berbanding sikap individu yang hanya makan gaji buta.Ujarnya, tindakan tidak melaksanakan perkara yang sudah dipersetujui Kabinet, termasuk membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan, merupakan contoh perbuatan sabotaj."Awak digajikan sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri untuk menjalankan projek-projek dan dasar-dasar yang telah dipersetujui dalam Kabinet."Tetapi awak makan gaji, apa yang dipersetujui untuk dilaksanakan awak tak buat, awak langgar pula. Itu sabotaj yang lebih brutal daripada makan gaji buta," katanya.
'Menteri, Timbalan tak setuju dasar kerajaan, letak jawatan' – Khalid

Key takeaways
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, menyatakan bahawa menteri atau timbalan menteri yang enggan melaksanakan dasar Kabinet perlu meletakkan jawatan. Beliau menyifatkan tindakan pemimpin kerajaan yang bertindak bertentangan dengan keputusan Kabinet sebagai tidak berakhlak.
- Khalid Abdul Samad berkata pemimpin yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan perlu meletakkan jawatan.
- Beliau menyifatkan tindakan pemimpin yang mensabotaj pentadbiran sebagai perbuatan tidak bermoral.
- Pernyataan ini dibuat selepas media melaporkan pantun sinis Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Gobind gesa Zahid, menteri Umno letak jawatan jika tak setuju dengan PM
- Malaysiakini (BM) Bekas timbalan menteri, Zahidi kembali ke rahmatullah
- Malaysiakini (BM) Ahli parlimen PH cabar Ahmad Maslan letak jawatan menteri
- Sinar Harian 'Menteri, Timbalan tak setuju dasar kerajaan, letak jawatan' – Khalid (this story)








