London: Granit Xhaka naik angin apabila seorang peminat didakwa mengejeknya di sebuah pusat beli-belah susulan hukuman yang diterima atas kesalahan sijil vaksin COVID-19 palsu.
Pemain tengah Sunderland berusia 34 tahun itu dikenakan denda tertangguh oleh pihak berkuasa Switzerland selepas didapati memperoleh sijil imunisasi COVID-19 palsu ketika beliau masih beraksi untuk Arsenal pada tahun 2022.
Xhaka sebelum ini menarik diri daripada beberapa perlawanan Liga Negara-Negara mewakili negaranya susulan siasatan jenayah oleh pejabat pendakwa raya di bandar Lucerne, Switzerland.
Namun, dia terlepas daripada hukuman penjara dan memohon maaf di atas apa yang disifatkannya sebagai kesilapan pertimbangan berpunca daripada kebimbangan terhadap vaksin terbabit.






