KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang teruja untuk kembali beraksi di Velodrom Shanghai, kali ini bagi menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2026 dari 14 hingga 18 Oktober ini.
Azizulhasni berkongsi keterujaannya itu menerusi hantaran di akaun media sosial miliknya, sambil mengimbas kembali pengalaman beraksi di velodrom sama yang berstatus terbuka pada Kejohanan Asia Pasifik 2004.
Pelumba berusia 38 tahun itu memulakan usaha untuk menjadi atlet Malaysia pertama beraksi dalam enam temasya Olimpik apabila Kejohanan Dunia itu turut menandakan bermulanya kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Dari beraksi di velodrom terbuka pada Kejohanan Asia Pasifik 2004, kini kembali bertanding di velodrom tertutup sempena Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2026.









