Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang membuat pecutan di selekoh terakhir untuk memintas pelumba China Li Zhiwei. (Gambar Bernama)

SHIZUOKA: Jaguh berbasikal trek negara Azizulhasni Awang mengesahkan pingat emas kelapan negara apabila mengungguli acara keirin lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Velodrom Izu, di sini.

Atlet berusia 38 tahun itu ternyata cemerlang membuat pecutan di selekoh terakhir untuk memintas pelumba China, Li Zhiwei, yang terlebih dahulu berada di hadapan untuk merangkul pingat emas berkenaan.

Kejayaan itu turut mengulangi pencapaian sama diraih The Pocket Rocketman pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Seorang lagi wakil negara yang turut berada di final, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakhiri saingan di tempat kelima.