Texas: Seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat (AS) menyaman rangkaian restoran Torchy's Tacos selepas mendakwa hampir tertelan gigi lembu yang ditemuinya dalam hidangan yang dibeli secara bawa pulang.

Memetik Fox News, Nohemi Castillo mendakwa, menemui objek itu ketika menikmati makanan dari cawangan restoran berkenaan di South Congress Avenue, Austin pada 9 Jun.

Saman difailkan pada 13 Oktober lalu di Mahkamah Daerah Travis County.

Susulan itu Torchy's Tacos dalam kenyataan memaklumkan sudah melakukan siasatan dalaman selepas menerima aduan dan mengesahkan objek yang 'disertakan' dalam hidangan itu adalah gigi lembu.