Malaysia sebelum ini pernah mempertimbangkan undang-undang khusus bagi menangani jerebu rentas sempadan namun ia tidak diteruskan pada 2020.PETALING JAYA: Kesukaran membuktikan pihak bertanggungjawab terhadap kebakaran di luar negara tidak sepatutnya menghalang Malaysia daripada menggubal undang-undang khusus bagi menangani jerebu rentas sempadan, kata pakar.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Alam Sekitar Universiti Teknologi Malaysia, Mohd Fadhil Md Din, berkata akta baharu atau pindaan menyeluruh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dipertimbangkan bagi mengatasi jurang penguatkuasaan.

Mohd Fadhil Md Din.“Kita memerlukan rantaian bukti yang menghubungkan kebakaran, pihak bertanggungjawab, pergerakan asap dan pencemaran di Malaysia,” katanya kepada FMT.