SHAH ALAM – Jabatan Peguam Negara (AGC) wajar menjelaskan asas perundangan penangguhan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk kuasa yang digunakan dan sebab isu tafsiran tidak diselesaikan lebih awal.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, persoalan itu timbul susulan tindakan AGC membangkitkan isu tafsiran hampir 50 hari selepas keputusan berkenaan diperkenankan.Beliau berkata, perkara itu lebih membimbangkan apabila kekeliruan berkenaan timbul daripada institusi yang sepatutnya menjadi rujukan tertinggi kerajaan dalam soal perundangan."Saya menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak."Titah tersebut mengukuhkan persoalan yang telah saya bangkitkan sebelum ini: Bagaimana Jabatan Peguam Negara yang turut terlibat dalam proses Lembaga Pengampunan boleh membangkitkan persoalan tafsiran hampir 50 hari selepas keputusan diperkenankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Nurul Syazwani yang juga seorang peguam dan penggubal undang-undang berkata, prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara, manakala prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-Undang.Menurutnya, kedua-dua prinsip itu tidak boleh dipisahkan kerana kesetiaan kepada Raja bukan sekadar lafazan dalam majlis rasmi, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penghormatan terhadap kuasa dan keputusan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut mengingatkan prinsip perundangan 'Ignorantia juris non excusat' yang membawa maksud kejahilan undang-undang bukan suatu alasan."Amat memalukan sekiranya institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menasihati kerajaan mengenai undang-undang dilihat seolah-olah berlindung di sebalik kekeliruan tafsiran terhadap keputusan yang turut melalui proses nasihat perundangannya sendiri."Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perkara yang berkenaan."Sebarang persoalan pelaksanaan hendaklah ditangani melalui proses undang-undang yang sah, telus dan tanpa kelewatan yang tidak munasabah," katanya.Beliau berkata, isu berkenaan bukan semata-mata berkaitan Najib, sebaliknya membabitkan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, integriti institusi perundangan dan keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang.Menurutnya, rakyat tidak seharusnya diajar untuk setia kepada Raja dan menjunjung Perlembagaan, sedangkan institusi yang sepatutnya mempertahankan prinsip berkenaan sendiri menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaannya."Kesetiaan kepada Raja mesti dibuktikan melalui tindakan, bukan sekadar pengakuan," tambahnya.
Titah Agong mesti dihormati, kedaulatan undang-undang ditegakkan - Nurul Syazwani

Key takeaways
Nurul Syazwani menegaskan pentingnya menghormati titah Agong dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
- Nurul Syazwani menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan AGC yang membangkitkan isu tafsiran selepas 50 hari.
- Beliau menekankan prinsip kesetiaan kepada Raja dan kedaulatan undang-undang dalam Perlembagaan.
- Beliau menegaskan kejahilan undang-undang bukan alasan untuk mengelak tanggungjawab.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Titah Agong mesti dihormati, kedaulatan undang-undang ditegakkan - Nurul Syazwani (this story)









