KOTA TINGGI – Seorang wanita dan dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dan pecah masuk premis pajak gadai di Kota Tinggi, awal bulan ini.
Nor Zeelyza Mohd Mohely, 41, pengurus Norzai Asman Ahmad Saru, 39, dan Nasaruddin Mahabod, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.
Mengikut pertuduhan, Nor Zeelyza yang juga merupakan seorang pengurus didakwa bersubahat dengan Norzai Asman dan Nasaruddin dengan melakukan pecah rumah sebuah kedai emas milik syarikat Ar-Rahnu Koperasi Perbadanan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) cawangan Kota Tinggi di Jalan Tun Sri Lanang, di sini dengan niat mencuri barang kemas dan wang tunai premis berkenaan.








