Seremban: Status peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan terus menimbulkan persoalan apabila beliau didapati meneruskan tugasannya seperti biasa.

Ismail menerusi Facebook rasminya memuat naik gambar menghadiri perjumpaan dengan kakitangan kerajaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), di sini, hari ini.

Dalam gambar berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh itu dilihat tersenyum di samping dua kakitangan yang diraikan.

"Pagi ini saya berada di Pejabat SUKNS bagi perjumpaan bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang baharu, Akhmal Abu Basar yang menggantikan Zairil Azwan Zulmuji akan berpindah ke Kementerian Pendidikan," katanya.