KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau perkembangan inflasi dan pertumbuhan ekonomi sebelum menentukan hala tuju Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2027 sama ada terdapat kemungkinan kekal, turun atau sebaliknya.
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata keputusan berkaitan dasar monetari akan dibuat berdasarkan perkembangan data ekonomi semasa.
Katanya, ia bagi memastikan dasar yang dilaksanakan kekal konsisten dengan matlamat kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi mampan.
"Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan menilai pelbagai petunjuk ekonomi yang diterima sebelum membuat sebarang keputusan.








