PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperluas penawaran program pengajian pada peringkat ijazah di politeknik sebagai sebahagian usaha merekayasa landskap pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata langkah itu bertujuan memastikan politeknik tidak lagi dilihat sebagai institusi hanya menawarkan program pada peringkat sijil dan diploma, sebaliknya turut berperanan melahirkan graduan berkelulusan ijazah.

Katanya, ketika ini lima politeknik sudah menawarkan program pengajian pada peringkat ijazah dan usaha berkenaan akan diperluaskan bagi meningkatkan lagi peranan institusi itu dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.

"Apa kita nak lihat adalah supaya 'education spectrum and dimension', bukan hanya dalam konteks pendidikan di universiti tetapi juga di peringkat politeknik dan sebab itu kita sedang melakukan satu proses perekayasaan.