AYER KEROH: Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka dijangka mengangkat sumpah jawatan esok, dengan barisan pentadbiran baharu itu bakal menyaksikan gabungan muka lama dan baharu.
Gandingan muka lama dan baharu itu bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Sabtu lalu.
Istiadat angkat sumpah jawatan dijadual berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, sekali gus melengkapkan pembentukan pentadbiran baharu kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin selaku Timbalan Pengerusi UMNO negeri dijangka terus diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai EXCO Kanan dalam barisan pentadbiran baharu itu.








