TAMPARULI: Keselamatan lebih 2,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli di sini, terus terancam berikutan keadaan bangunan sekolah yang semakin usang dimamah usia dan disahkan tidak selamat digunakan sejak lima tahun lalu.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menggesa kerajaan mempercepatkan penyediaan kemudahan sementara sebelum projek pembinaan bangunan baharu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta keselesaan warga sekolah.
"Selain SMK Tamparuli, SMK Tenghilan turut berdepan masalah sama dan memerlukan tindakan segera demi kebajikan pelajar serta guru," katanya.
Katanya, pemeriksaan awal ke atas bangunan SMK Tamparuli oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah pada Ogos 2026 mendapati kemudahan itu berisiko tinggi digunakan.








