PETALING JAYA: Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 bakal membuka lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan, khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyambut baik kemajuan pelaksanaan perjanjian itu dan mahu kerjasama ASEAN dengan China diperluas ke bidang lain.

“Kerjasama ini juga perlu diperluas dalam bidang ekonomi digital, AI, pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran serta peralihan tenaga bersih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, Malaysia komited memperkukuh hubungan ASEAN-China yang tahun ini genap 35 tahun hubungan dialog dan lima tahun Perkongsian Strategik Komprehensif.