KUANTAN – Seorang ahli perniagaan berdepan tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM572,573 yang didakwa diseleweng menerusi transaksi ke tiga akaun bank syarikat lain, antara September hingga November 2024.

Tertuduh, Tea Kain Chuan, 55, bagaimanapun mengangguk faham dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertindak sebagai ejen pemegang amanah sebuah syarikat didakwa secara curang menyalahgunakan wang berjumlah RM572,573.50 yang diamanahkan kepadanya.

Wang berkenaan didakwa dipindahkan menerusi pembayaran ke tiga akaun bank milik syarikat lain tanpa kebenaran.