SEREMBAN – Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang dibatalkan pelantikan perlu membayar kos berjumlah RM48,000 selepas mereka menarik balik saman pemula terhadap kerajaan negeri dan dua pihak lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan plaintif membayar kos RM20,000 masing-masing kepada defendan pertama, Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan, defendan kedua, Kerajaan Negeri Sembilan RM20,000 serta defendan ketiga, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) RM8,000.

Mahkamah turut membenarkan penarikan balik keseluruhan tindakan saman pemula berkenaan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Keputusan itu dibuat ketika prosiding pengurusan kes yang berlangsung secara sidang video.