KOTA BHARU: Ibu pejabat baharu Polis Marin Wilayah Tiga di Tok Bali, Pasir Puteh yang dibangunkan dengan kos RM80.01 juta, dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Januari depan.
Komander Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal, berkata proses pemindahan anggota dan peralatan secara berperingkat dijadualkan bermula bulan depan.
"Ketika ini kita berada dalam fasa pertama pemeriksaan bangunan baharu serta mengatur proses pemindahan peralatan dan barangan lain.
"Kita mungkin mula berpindah pada Disember. Anggota pula berpindah secara berperingkat sehingga Januari 2027," katanya.








