Kota Bharu: Pihak berkuasa Thailand berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 23 warga Myanmar ke Malaysia susulan penahanan empat ejen sindiket penyeludupan manusia di Hat Yai, Isnin lalu.
Dalam serbuan itu, 10 warga asing terbabit dikesan menggunakan pasport palsu, manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.
Difahamkan empat lelaki warga Myanmar yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan manusia berjaya diberkas dalam operasi itu.
Operasi berkenaan membabitkan kerjasama strategik antara Biro Imigresen Thailand, Polis Pelancong, Polis Peronda Sempadan (BPP) 43, dan Polis Hat Yai susulan maklumat risikan berhubung kegiatan penyeludupan migran tanpa dokumen sah ke wilayah Songkhla.










