PETALING JAYA: Pelakon, Amar Baharin mendedahkan dirinya kerap menjadikan amalan menghafal ayat suci Al-Quran sebagai rutin sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari lokasi penggambaran.
Menurut Amar, amalan tersebut tidak memerlukan seseorang itu menghafal banyak ayat dalam sehari, selain yakin konsistensi dapat membantu seseorang individu menguasai sesebuah surah dengan baik.
“Satu perkara yang saya suka apabila menjalani penggambaran drama panjang, saya boleh manfaatkan masa dalam kereta, pergi dan balik kerja untuk menghafal surah.
“Cara saya mudah sahaja. Tidak perlu banyak pun, sehari dapat hafal tiga ayat pun sudah cukup. Yang penting konsisten. Sikit-sikit, lama-lama melekat,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.










