KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo memilih meninggalkan BERSATU selepas parti itu didakwa hilang arah tuju dan gagal memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat.

Katanya, sepanjang menyertai BERSATU, beliau mendapati parti berkenaan lebih banyak dibelenggu pergolakan dalaman berbanding membincangkan isu rakyat.

"Apa yang saya nampak, mereka (BERSATU) asyik bergaduh sesama sendiri dan terus menerus memecat orang.

"BERSATU tidak belajar daripada kekalahan di (Pilihan Raya Negeri - PRN) Johor apabila kehilangan deposit di hampir semua kawasan.