Difahamkan Khir Toyo meninggalkan Bersatu untuk menyertai Wawasan selepas PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu. (Gambar fail) PETALING JAYA: Bekas menteri besar Selangor, Khir Toyo, meninggalkan Bersatu untuk menyertai Wawasan, lebih setahun selepas menyertai parti yang dipimpin bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu.

Bekas Adun Sungai Panjang selama tiga penggal itu memberitahu FMT bahawa beliau menyertai Wawasan pimpinan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin hampir sebulan lalu.

“Saya meninggalkan Bersatu kerana parti itu dilihat sudah kehilangan hala tuju dan sentiasa bergaduh sesama mereka” katanya.

Sumber Wawasan sebelum ini memberitahu FMT bahawa Khir menyertai parti itu selepas PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.