Kuala Lumpur: Terpalit dengan dakwaan salah laku di set penggambaran yang kini hangat dibahaskan di media sosial, pelakon, Zarif Ghazzi, 22, tampil membuat laporan polis dengan disusuli tindakan undang-undang.

Menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram (IG), pengurus Zarif dikenali Faiz Aizat memaklumkan pihak pengurusan memandang serius isu terbabit dan dakwaan yang diperkatakan terhadap artis di bawah kendaliannya.

Menurutnya, pelakon drama Dua Nyawa berkenaan menafikan sebarang salah laku di set penggambaran seperti didakwa kerana sentiasa mengamalkan sikap profesionalisme.

"Untuk makluman, Zarif Ghazzi dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau yang mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk innuendo.